Kelas Mencipta Logo & Nama Perniagaan
28 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 Oktober 2020 (Selasa) telah diadakan Kelas Mencipta Logo & Nama Perniagaan bersama-sama dengan 2 orang usahawan daripada Kampung Skio. Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Skio. Ianya bertujuan untuk membantu para usahawan cara-cara untuk menghasilkan logo dan nama perniagaan yang bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dimiliki. Selain itu para usahawan juga dibimbing cara-cara untuk menghasilkan iklan atau poster yang menarik untuk dimuat naik ke laman sosial dan mereka juga turut dibimbing cara-cara untuk menghasilkan copywriting yang menarik agar dapat menarik perhatian bakal pelanggan untuk membeli atau mencuba perkhidmatan yang disediakan. Para usahawan juga turut diajar cara untuk membuat lokasi tempat perniagaan di google maps melalui aplikasi Google My Business.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: